Sunday, May 22, 2011

Bread of Life

BLESS those who persecute you. BLESS and don't curse!. ( Romans 12:14 )
BERKATILAH  siapa yang menganiaya kamu, BERKATILAH dan jangan menugutuk!

Ayat ini mempunyai maksud yang dalam bagi kita dimana kita harus memusuhi diri kita sebagai manusia dari nafsu kedagingan kita untuk melakukan apa yang benar di hadapan Tuhan.. sekiranya kita membaca semua ayat dalam Roma bab 12 ini, Tuhan mengkehendaki kita supaya hidup secara sederhana dalam apa jua yang kita lakukan...Kehidupan yang penuh dengan kasih, persekutuan sesama kita, tiada dendam dan iri hati, dan memberi dan berkongsi dengan orang yang memerlukan. Yesus sendiri telah menjadikan dirinya sebagai contoh yang Inspirasi yang mulia untuk kita teladani, dan bukan sahaja untuk diteladani malah Dia menginginkan supaya Firman itu hidup dalam diri kita..

Sunday, April 10, 2011

Renungan untuk pilihanraya

Jika orang benar bertambah, maka bersukacitalah rakyat, tetapi jika jika orang fasik memerintah, keluhkesahlah rakyat. -Amsal 29:2

Dengan KEADILAN seorang raja menegakkan negerinya, tetapi orang yang memungut banyak pajak (cukai) meruntuhkannya. -Amsal 29:4

Kalau pemerintah memperhatikan kebohongan, semua pegawainya menjadi fasik. -Amsal 29:12

Friday, April 1, 2011

Pilihan Raya

Banyak karenah, aduan, cerita, dan luahan hati penduduk Belaga yang saya dengar selama ini, khususnya penduduk sungai Asap Koyan mengenai taraf kehidupan yang mereka ada sekarang ini. Kebanyakan menyatakan " tidak ada perubahan" walaupun sudah 10 tahun lebih telah berpindah dari kampung lama, malah taraf kehidupan tidak jauh bezanya seperti apa yang mereka atau saya lalui sejak di kampung yang lama..sama saja. Pilihan Raya yang bakal tiba nanti memberi peluang kepada kita semua untuk membuat keptusan yang berani dan tepat untuk nasib bangsa kita, sebab secara realitinya kita diabaikan dan untuk mengambil hati kita, kita selalu di berikan "gula batu" atau gula- gula(sweet) seperti seorang dewasa memujuk kanak- kanak yang sedang merajuk. Saya berharap cara pemikiran kita telah berubah setelah apa yang kita alami bersama selama ini, janganlah kita asyik "meju keloh" kata orang kayan..orang- orang inilah "harapkan pagar, pagar pula yang makan padi" begitulah realiti yang berlaku di daerah Belaga sekarang ini.. Tuhan memberkati kita semua, dan buatlah pilihan yang tepat untuk bangsa kita...Emmanuel!

Thursday, March 31, 2011

Tasik Balui

Inilah pemandangan sungai balui setelah empangan bakun mulai beroperasi. Sungai yang dahulunya deras dan mempunyai tebingan yang indah kini sudah menjadi tasik yang besar..